Kuzi Ayam & Roti Jala

 

Kuzi Ayam & Roti Jala

 

Kuzi and roti jala is one of my favourite food masa kecik2 dulu, selalunya my mum will tempah kuzi kambing and roti jala from Nik Simah (arwah) untuk  raya or majlis cukur jambul. As for this resipi, I took it from my auntie (Nik Faridah) before I went to study in UK dulu but cant remember whether I did try this recipe or not while I was there. For those yang tak pernah rasa this dish, bila masak tu kena letak gula lebih sikit sebab kuzi ni kena rasa manis… baru sedap.

Kuzi Ayam

Bahan A

  • 1 ekor ayam – potong 12
  • sedikit saffron
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan B

  • 400 g bawang merah – mayang
  • 20 g kepingan badam
  • 40 gram kismis

Bahan C

  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih* (kisar halus)
  • 1/2″ kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji pelaga
  • 3 sudu besar rempah kuzi
  • 1 tin susu sejat
  • 400 ml air
  • 2 – 3 tsp tomato puree
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 biji buah keras – tumbuk lumat
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • garam & gula

Cara2:

  1. Bahan A : Saffron, bawang putih dan halia  ditumbuk halus dan lumurkan pada ayam, hati dan pedal. Perap seketika. Kemudian goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan. Goreng hati dan pedal ayam sampai masak, bila sejuk dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Bahan B : Goreng mengikut turutan, mula-mula goreng bawang merah utk dibuat bawang goreng, kemudian diikuti dengan badam dan kismis. Tumbuk bawang goreng dan ketepikan.
  3. Bahan C : Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga, kemudian masukkan bahan kisar yang bertanda * dan rempah kuzi. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Kemudian masukkan susu sejat dan sos tomato. Bila mendidih, masukkan kerisik, buah keras, tomato puree dan ayam. Kemudian masukkan gula, garam, kismis, hati dan pedal ayam dan bawang goreng. Bila masak, angkat dan hidangkan dengan roti jala.

Roti Jala

Bahan2:

  • 2 cawan tepung
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 tsp kunyit debu
  • 1 tsp garam
  • 1 biji telur

Cara2:

Masukkan semua bahan dlm blender dan kisar hingga sebati. Panaskan kuali non stick dan tirai adunan.

3 thoughts on “Kuzi Ayam & Roti Jala

    • Zue, buat kuzi ni remeh sikit la tapi berbaloi. K Nis selalu buat kuah dia lebih sikit and then simpan dalam freezer, tahan lama jugaklah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s